Assalamualaikum. Saya tertarik betul dengan Ustaz Shukri Harun ni.. bukan saja kuliah-kuliah yang disampaikannya berkait rapat dengan zaman kita pada masa ini, malahan sikap beliau yang terus menerus mengkaji dan membentangkan perihal yang pada saya ‘up-to-date’ membuatkan ramai jemaah tidak terhangguk-hangguk semasa kuliah 😉 Pun adalah di antara ustaz-ustaz yang moden (banyak mana sangat ustaz yang bawa iPhone dan iPad ke mesjid untuk refer masa beri kuliah) dan saya pun seronok juga melihat teknologi digunakan dalam perihal yang baik-baik begini.
Mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau dalam beberapa minggu ini, menyentuh bab yang agak hangat diperkatakan iaitu mengenai ‘Yakjuj & Makjuj‘. Mengikut kajian dan penelitian beliau, Yakjuj & Makjuj telah pun bebas dari penjara ‘tembok’nya. Senang kata, bumi dah tua, kiamat dah hampir (malahan pada zaman Baginda Rasululllah s.a.w pun baginda nyatakan “usia bumi ketika itu ibarat seorang tua yang sudah bertongkat“). Jadi marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan, gunakan kelebihan-kelebihan yang ada pada kita (teknologi, internet, dsb) untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan kebaikan. Kerana samada kita masih hidup atau tidak semasa Dajjal memerintah, semasa semua penduduk bumi dalam kesusahan dan kepayahan, semasa kiamat.. itu semua tidak pasti, kerana yang pastinya adalah kita semua bakal menemui mati (ajal, maut).
Untuk bacaan lanjut – sila kunjungi http://ustazshukriharun.blogspot.com/
Tags: Recommended Websites
September 25, 2011 at 1:56 pm |
Bila ahli politik dan artis lebih disanjungi dan di puja-puja dari tokoh agama, kiamat ketika itu tersangatlah dekat.
Yes bro…the early signs are all out for us to see, cuma matahari je yg belum terbit sebelah barat .
September 26, 2011 at 9:05 pm |
Yelah bro.. sekarang ni tv penuh dengan siaran hiburan.. pulak tu dalam radio rancangan keagamaan juga lah (IKIM fm rasanya) ada la pulak dikatanya oleh seorang penyampai tu “jangan salahkan rancangan tv, salahkan diri sendiri sebab tonton siaran yang sebegitu” – pulak?
Saya no komen, tapi dalam hati tuhan saja yang tau.
August 9, 2012 at 3:11 pm |
[…] you still remember my posting in regards to Ustaz Shukri Harun? The other night, he came to give tazkirah in between Tarawih prayer (where he usually come for […]